Friday, July 3, 2009

Allah lebih menyayangimu...

Kenangan bersama arwah

Salam'alaik...di sini..saya ingin membuat satu pengumuman kepada semua kenalan saudari Yusrina bt Yusoff..yang merupakan pelajar Malaysia di Univeristi Surabaya, Indonesia dalam jurusan farmasi..Allahyarhamah telah meninggalkan kita semua pada jam 05.30 pagi td pd waktu tempatan ...jadi kepada kenalan2xnya samada jauh atau dekat yang ingin melawat pusaranya...silalah ke alamat yang berikut....no 51 jalan cheng perdana 1/17,taman cheng perdana,melaka.diharap semua yang mengetahui berita ini agar sentiasa mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat..& semoga beliau dimasukkan dikalangan hamba2xNya yang solehah...wassalam...untuk pengetahuan semua beliau telah sakit sebelum ini ekoran daripada penyakit kanser (tumor) yang dihadapi beliau

Sebak...terasa ada air hangat mengalir di pipi...testi di fs yg dihantar pd 30/6 baru saya baca.. Tp sblm membaca testi tue,saya dah mendapat berita yang sama dari ibu arwah sendiri sehari selepas arwah meninggal...

Arwah yang saya kenal pertama sekali sewaktu di matrik merupakan seorang yg ceria...sentiasa ada saat saya memerlukan..berkongsi cerita suka dan duka....semua tue kenangan yg tak akan saya lupa sampai bila-bila.Walaupun kami tidak lagi belajar di tempat yang sama selepas matrik,saya di medan manakala arwah di surabaya namun persahabatan kami tidak pernah putus.Telefon menjadi penghubung antara kami.Arwah tetap sama walaupun kami berjauhan...tetap memberi semangat dan kata-kata dorongan pada saya.Antara sms arwah yang masih saya simpan.....

"Aku doakan shbt2..Insyaallah korang mesti boleh.Ingatla belajar satu jihad dan jihad memerlukan pengorbanan.Ko akn senyum panjang bila semua nie dah habis nnt.Mcm nie..:] n aku harap aku dpt tgk senyuman tue"

Tapi ternyata arwah tak sempat melihat senyuman tue...Allah lebih menyayanginya..30 Jun 2009 arwah meninggalkan dunia ini untuk selama-lamanya.Maafkanku sahabat kerana aku tak menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang sahabat...tidak melawatmu saat dikau sakit walaupun rumah kita tidak terlalu jauh.

Kali terakhir bertemu dengan arwah masa hari raya tahun lepas..arwah datang ke rumah...
Arwah kelihatan ceria maklumlah sudah lama tidak berjumpa...perwatakannya masih seperti kali pertama saya mengenalinya...banyak cerita yang kami bualkan.

Minggu lalu,saya cuba menghubungi rumah arwah..Ibu arwah yang menjawab telefon dan mengatakan cuba telefon hp arwah..Saya cuba menelfon hp arwah tapi tiada yang angkat..tiba-tiba hpku berbunyi..arwah menghantar sms memohon maaf kerana tak dapat berbual dgnku kerana arwah tidak larat untuk bercakap...tak apa sahabat..daku mengerti..mudahan kesihatan dirimu lebih baik dari hari-hari sebelumnya.

Tanggal 1 Julai 2009,saya menghantar sms kepada arwah untuk menanyakan keadaan kesihatannya..Tapi kemudian hpku berbunyi..Ibu arwah menelfon mengatakan arwah sudah tiada...inalillahi wainnailaihirajiun.

Ya Allah,sesungguhnya Engkau lebih menyayangi dirinya..Tempatkanlah rohnya bersama-sama dengan orang beriman dan solehah...amin

Kita hamba ilahi..dariNya kita datang dan kepadaNya juga kita kembali...
Al-Fatihah.